JAKARTA (Kastanews.com)- Daihatsu Motor Co., Ltd. hari ini memperkenalkan lima model konsep pada acara Japan Mobility Show 2023 yang sedang berlangsung 25 Oktober hingga 5 November 2023 di Tokyo.
Dengan tema “Tetap Dekat dengan Pelanggan Kami dan Memperkaya Kehidupan Mereka”, ruang pameran Daihatsu menyerlahkan evolusi jenama tersebut yang kini memberi perhatian pada teknologi EV. Antara model yang menarik perhatian pastinya Vision Copen. Ini merupakan roadster Copen yang tampil dengan pembaharuan pada rekaan ikoniknya.
Ini dapat dilihat dengan jelas pada gambar di hadapan dan belakang yang menggunakan tampilan lampu LED berbentuk bulat. Roadster dengan bumbung yang dapat dibuka tampil lebih menarik dengan rim rekaan yang elegan.
“Fokusnya pada penggunaan ruang yang efisien. Desain keduanya cargo flat dengan aksesoris yang minimal sehingga barang banyak yang bisa masuk banyak. Kami ingin mempresentasikan mobil futuristik dan enjoy sesuai dengan konsepnya. Ini salah satunya, kita lihat mobil untuk penjualan buah-buahan,” kata Chief Coordinator Marketing, Sales & Promotion Dept. ECC Group Takao Kunita di JMS 2023, Rabu (25/10/23).
Menjengah ke ruang kabin, jentera dua tempat duduk itu dilengkapi skrin digital untuk instrumen meter dan paparan infohibur. Tuil gear juga hadir dengan rekaan yang lebih futuristik. Jentera berkenaan dikuasakan oleh enjin bersesaran 1.3 liter aspirasi biasa dengan agihan berat 50:50.
Ini pastinya menjanjikan pengalaman pemanduan yang mengujakan. Tiada data rasmi mengenai berapakah kekuatan enjin berkenaan, tetapi berdasarkan enjin sama digunakan oleh Myvi, enjin tersebut mampu menjana kekuatan mencecah 103 PS dan tork maksimal 136 Nm.
Enjin itu mungkin dipadankan dengan kotak geat D-CVT macam Ativa. Dari segi dimensi pula, Vision Copen adalah lebih besar berbanding model lama. Secara spesifiknya, ia mempunyai panjang 3,835 mm, lebar 1,695 mm, dan tinggi 1,265 mm.(rah)